Thursday, 7 June 2012

nota CINTA..pesanan hati ♥

Wahai ADAM.....jika benar kau kasih dan cintakan HAWA (wanita) itu ツ


•.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• Lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

✿..Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..

AMIN









Wednesday, 6 June 2012

Awek seksi...

try korang klik kat gambar tu...klik sambil tutup mata pun boleh...ada magic disebalik gambar tersebut... :3
















Cuba klik kat api nie...

Try korang klik kat api nie...tengok ape akan jadi...klik sambil tutup mata pun bole... :3













Saturday, 26 May 2012

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi (tertulis dalam Al-Quran)

Dalam Al-Quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T. yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Wallahualam.

SUMBER : FACEBOOK













Friday, 25 May 2012

♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥

Nie ade sikit tips untuk anda semua sebelum dan selepas perkahwinan... :)


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.













Buat Mu Muslimah




Khas untuk anda yg bergelar muslimah.... :)


Labuhkanlah tudung mu. Longgarkanlah pakaian mu. Kurangkanlah penampilan mu. Biarlah orang berkata kamu seperti "ustazah". Yang penting niat mu baik...LILLAHI TAA'LA.. ^_^


Kalau dulu lelaki memandang kamu dengan penuh MINAT. Kini biarlah mereka memandang mu pula dengan pandangan HORMAT.. ^_^


*Tutup aurat bukan sahaja dengan memakai tudung. Tutuplah auratmu sebetul-betulnya sebagaimana yang telah DIWAJIBKAN ALLAH...^.^



















Thursday, 24 May 2012

Khas Untuk CuCu...




Assalamualaikum....

Tahukah cucu...
Dahulu Nabi Sulaiman menguasai manusia...
Begitulah Dajjal hari ini...
Nabi Sulaiman menguasai jin...
Begitulah Dajjal tak lama lagi...
Nabi Sulaiman pandai berkomunikasi...
Begitulah Dajjal dengan satelit & teknologi...
Nabi Sulaiman menguasai negara2 besar...
Begitulah Dajjal melalui ejen2nya pada setiap benua...
Nabi Sulaiman menguasai angin & terbang dengan laju...
Begitulah Dajjal melalui pesawat juangnya...
Nabi Sulaiman berkuasa menyelam ke lautan dalam...
Begitulah Dajjal melalui saintifik maritimnya...
Nabi Sulaiman suka berdagang dengan emas...
Begitulah Dajjal akan kembalikan penggunaan emas...
Nabi Sulaiman memerintah dunia melalui Al-Aqsa...
Begitulah Dajjal kelak akan dipertabalkan di sana...
Nabi Sulaiman seorang Yahudi...
Dajjal juga seorang Yahudi...
Baginda Sulaiman mengesahkan dirinya seorang nabi...
Dajjal juga akan perdaya penduduk dunia (sebagai Nabi XXX)
Nabi Sulaiman mengumumkan dirinya hanyalah hamba Allah...
Dajjal akan mengumumkan ke penduduk dunia, akulah tuhan mu...
(perkara di atas ada yang dah berlaku, sedang berlaku, dan bakal berlaku)

Nasihat Atuk: - Manusia Menjadi Musuh Kepada Apa Yang Tak Diketahuinya- ((( Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mempu Memahaminya )))









Nothing To Say~~





Hohoho...Da lama x update blog...agak bz sejak dua menjak nie kot ?? Hurm...xtaw nak upade pasal ape...Otak tengah blurr~~~ Untungkan kalo ade awek ??? Tu pun kalo ade la kan ??? Maklumla si penulis nie xde awek lagi...Masih single mingle (forever alone)...Kena sgt la ngan nama blog nie...hahahaha...





Pada pagi yg sejuk nie (maklum la baru lepas hujan) aku xnak tulis panjang lebar sangat la...Ape yg penting Kelantan menang bola td...keh keh keh....Tahniah untuk team Kelantan (iklan jap)...hahaha...


Sunyi je malam nie...Sape-2 ade awek lebih tu kasi la sorang kat aku...Hahahaha...Ade gak la peneman untuk aku yg tengah single...Tapi kadang-2 hidup single nie best jugak bila difikirkan balik...Betol x ??!! Xyah topup...Xyah beli hadiah...Xyah mcm-2 la...Hahaha...Lagipon single x bermakna xde awek/balak yg xnak kat korang semua...Cuma belum sampai jodoh lagi tu...Hohoho...

Sekian karangan aku pada pagi ini...Hahahaha...












Friday, 18 May 2012

Malaysian Cyber Conference (MCC)








IPOH: Menubuhkan askar sukarelawan siber diterajui belia mempertahankan sistem komputer negara daripada ancaman penggodam luar antara resolusi dicapai pada Malaysian Cyber Conference (MCC) 2012 yang dihadiri 110 peserta terdiri daripada belia dan pengamal siber, di sini.

Pengarah Projek MCC, Afnan Afiq Alias berkata, isu keselamatan siber khususnya laman web rasmi kerajaan harus diambil perhatian berikutan kes penggodaman yang semakin serius.


“Dengan adanya sukarelawan siber, ancaman seperti ini dapat ditangani dengan lebih pantas di samping membantu agensi keselamatan siber menangkis serangan penggodam berniat jahat,” katanya.

Menurutnya kepakaran penggodam sering dipandang negatif berikutan tindakan beberapa pihak yang sering melakukan ‘defacement’ atau mengubah paparan utama laman web kerajaan.


“Pada pandangan saya, mereka sebenarnya hanya mahu mendedahkan kelemahan sistem keselamatan laman terbabit dan tidak mengganggu data yang disimpan. “Bayangkan jika pihak luar yang melakukan penggodaman dan menyalahgunakan data sulit yang disimpan,” katanya ketika ditemui.


Justeru, katanya, penubuhan pasukan ini perlu untuk membantu agensi kerajaan memantau keselamatan laman web mereka terutama yang menyimpan data sensitif.

Afnan memberi contoh kejadian godam membabitkan laman sebuah agensi penguat kuasa, baru-baru ini dengan data seperti pendapatan mengikut negeri didedahkan penggodam tidak bertanggungjawab.


“Saya menyeru belia khususnya yang mempunyai kepakaran godam menyertai MCC dan menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan sistem keselamatan siber negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM), Khaireel Azlee Abdul Aziz yang juga antara tulang belakang MCC menjelaskan, tanggungjawab sukarelawan siber bukan sekadar menjadi benteng malah membentuk polisi membabitkan teknologi Komunikasi informasi (ICT) dan belia.


“Golongan ini dapat membantu kerajaan dengan memberikan maklum balas, cadangan serta kehendak mereka memudahkan proses penggubalan polisi,” katanya.


Turut diadakan dalam program berkenaan, forum yang membincangkan fenomena godam serta implikasinya terhadap masyarakat selain perbincangan bersama mengenai kaedah keselamatan siber.

Sumber : myMetro









Thursday, 17 May 2012

Untuk Umat Islam...Bacalah






Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)

Klik "SHARE" dan Jom Dakwah!!! ^_^b



Sumber : I-Khalifah.com







Temu Ramah Bersama Ayah Pin






Baru-2 nie saya menemu ramah ayah pin yg dulu terkenal dengan kehebatan kerajaan langit yg dicipta sendiri olehnya...Semasa menemu ramah ayah pin..Ayah pin meluahkan perasaan yg amat kesal kerana direject dari berlakon dalam cerita yg hangat 2012  iaitu The Avenger...


Ayah pin yg sepatutnya memegang watak sebagai Loki direject kerana faktor usia dan kesihatannya yg agak down skrg nie...Dia merasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat memegang watak tersebut...

Watak yg patut dipegang oleh ayah pin


Luluh hati ayah pin kerana hajat beliau untuk berlakon di Hollywood tidak kesampaian dan usaha beliau untuk memperluaskan kawasan jajahan takluk kerajaan langit pun tidak kesampaian juga...Ayah pin pulang dengan tangan kosong...

Setelah kecewa, sedih dan kesal ayah pin memberitahu saya yg dia telah memulakan projek yg sudah lama tersimpan di dalam lubuk hatinya sekian lama iaitu ingin menerbitkan lagu single pertamanya...Dia memberitahu lagi single pertamanya itu ala-2 dangdut hiphop...

Ayah pin bersama peminat di Penang



Nantikan kemunculan single pertamanya di pasaran!!!







Saje Saje... :3






Assalamualaikum W.B.T.


bosan la pulak time-2 mcm nie...nk tido, mata x maw lelap lg...agak bosan di sini...update blog la jwbnye...huhuhu....


saje je post benda merapu nie...tgh bosan katakan...nasib ade kipas dan laptop yg setia menenami diri ini di kala pagi yg sunyi...untunglah sape-2 yg ade marka....bole msg-2 time mcm nie...bole calling-2 time mcm nie...




hbs benda aku buat td...usha fb pun bosan...yela tgk kat notification status org lain je byk...kat status sendiri xde...IM lagi la...ramai-2 yg on fb, 2 3 org je yg tegur...tu pun tegur kejap, pastu diam...apepontakbole... :3

pagi-2 mcm nie otak blur jerk...xtaw la ape yg aku tgh tulis skrg nie...sekadar nak hilangkan bosan je nie...huhuhu...

pape pun harap post nie xde menyinggung mane-2 perasaan org yg sedang membaca post nie...xde kena mengena dgn yg hidup atau pun yg mati...sekadar mengisi masa yg terbuang je nie...hahaha...





p/s : gambar di atas tiada kena mengena dlm posting nie... :3










Wednesday, 16 May 2012

Akhirnya Israel Tunduk Kepada Tahanan Palestine...






Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.
Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili ‘الاتحاد الوطني’, persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel.
Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).

Israel Tunduk Kepada Tahanan
Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.
Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel juga hadir.
Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir mengenai mogok lapar.
Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang turut dihadiri Duta Mesir ke Israel.
Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim zionis.
Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.
Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau, pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan bersama kerajaan Palestin di Gaza.

Terima Kasih Semua
Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang bersimpati terhadap para tahanan. Beliau turut menyeru agar membantu kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.
Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka. Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok lapar.Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata, persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Situasi Mogok Lapar
Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok lapar atau disebut ‘pertempuran kosongkan perut’. Diikuti dua tahanan lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok lapar sejak 78 hari sebelum ini. Demikian itu sebagai bantahan kepada keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.
Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.
Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan.


Sumber : Edisi Kini














Ibu Penipu!!! :'(






IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(





Sumber : TeamHanna



p/s: sayangilah ibu kita selagi dia masih hidup...ingat syurga itu di bawah tapak kaki ibu... :')












Tuesday, 15 May 2012

Save Palestine!!!






Assalamualaikum W.B.T.

Hye semua...Aku nk share something ape yg berlaku di FACEBOOK skrg nie...Skrg ramai pengguna FB telah menukar DP facebook diorg kepada gambar yg serba coklat...

Sila baca di bawah nie dan mungkin korang akan faham kenapa...

Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil anda 
Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan 
Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah .. 

Bilal Thiab ... 76 hari 
Thaer Halahleh ... 76 hari 
Hassan Safadi ... 70 hari 
Omar Abu Shallal ... 68 hari 
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 hari 
Faris Al-Natur ... 47 hari 
Jafar Ezz Al-Din ... 53 hari 
Abdallah Al-Barghouthi 32 hari 
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari 


Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. 
*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja,
ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh,
dan gigi pun luruh,,, 
sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,
tolong sebarkan ke semua group yg ada,
ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , 
Perang Media ! [solidariti]

Sumber : Facebook



Sesudah korang baca....mohon kerjasama korang semua especially umat Islam menukar DP facebook masing-2 sebagai tanda anda semua prihatin dgn saudara-2 kita...

Korang semua boleh mendownload gambar-2 tersebut 
DI SINI



Cara-2 dia...
1. Pilih mane-2 gambar yg korang suka...
2. Right click pada gambar tersebut dan klik save image as...
3. Pastu korang upload gambar tersebut mcm biase...

Semoga dgn usaha kecil kita nie dapat membantu saudara-2 kita yg berada di sana...












Tahanan ISA Pun Mogok Lapar ???






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua...


hari nie aku nak share kat korang isu Mogok Lapar yg sedang hangat di FACEBOOK ...Saudara-2 kita yg berada di Palestin skrg nie sedang Mogok Lapar...Kita sebagai umat Islam yg berada di Malaysia wajib memberi sokongan kepada mereka mengikut kemampuan masing-2...Mereka adalah pejuang keadilan!! Sama-2 lah kita berdoa untuk saudara-2 kita di sana...





Tahukah anda di Malaysia pun ada Mogok Lapar ???


KUALA LUMPUR, 14 Mei: Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.


Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu.


Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.


Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.


Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.


Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka. 


Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang dikatakan melancarkan mogok lapar.


"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.


"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu. HDAILY

Sumber : Facebook



p/s : ape la nak jd dgn negara Malaysia nie ??? kata negara aman...negara demokrasi...ade juga mogok lapar...apepuntakbole... :3