Tuesday, 15 May 2012

Tahanan ISA Pun Mogok Lapar ???






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua...


hari nie aku nak share kat korang isu Mogok Lapar yg sedang hangat di FACEBOOK ...Saudara-2 kita yg berada di Palestin skrg nie sedang Mogok Lapar...Kita sebagai umat Islam yg berada di Malaysia wajib memberi sokongan kepada mereka mengikut kemampuan masing-2...Mereka adalah pejuang keadilan!! Sama-2 lah kita berdoa untuk saudara-2 kita di sana...





Tahukah anda di Malaysia pun ada Mogok Lapar ???


KUALA LUMPUR, 14 Mei: Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.


Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu.


Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.


Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.


Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.


Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka. 


Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang dikatakan melancarkan mogok lapar.


"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.


"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu. HDAILY

Sumber : Facebook



p/s : ape la nak jd dgn negara Malaysia nie ??? kata negara aman...negara demokrasi...ade juga mogok lapar...apepuntakbole... :3










No comments:

Post a Comment